Thursday, June 4, 2009

Lembu Samiri


Subhanallah...pertama kali kami melihat batu ni, kami hampir x percaya adakah batu ni diukir atau naturally nye bagini...dah x sangsi lagi bentuknya x kan terjadi hanya oleh hakisan angin (kecuali dgn kehendak Allah) serupa dgn bentuk seekor lembu...apa yg diceritakan oleh Ustaz Hakim, batu ni mempunyai kisahnya sendiri mengapa Allah jadikan dia sebegini...

Ternyata kisah ni disebut berkali2 di dlm Al-Quran dlm Surah Al-Baqarah,Taha, dan Al-A'raaf yang bermaksud :

"Dan ingatlah , ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah 40 mlm), lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahanmu) sepeninggalannya dan kamu adalah orang2 yang zalim"~ surah Al-Baqarah,ayat 51

"Dan ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya: 'Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ~Surah Al-Baqarah,ayat 54

"Dan ingatlah, ketika kamu berkata: 'Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dgn terang' kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya" ~Surah Al-Baqarah,ayat 55


Apa yang saya dpt rumuskan drp ketiga-tiga ayat diatas, drp pemahaman saya dr penerangan Ustaz Hakim, pada suatu hari Nabi Musa berpesan kpd kaumnya bahawa ingin bermunajat kpd Allah di Gunung Thursina (Gunung Sinai yang kami panjat tu la ) selama 30 mlm dan dgn perintah Allah, Nabi menambah permunajatannya selam 10 mlm lagi. Disebabkan Nabi Musa tidak muncul pada masa yg ditetapkan, kaumnya menganggap Nabi telah menipu mereka dan mereka terus berpaling dari ajaran Islam..salah seorang drp kaum Bani Israel ni yg bernama Samiri (seorang Bani Israel dr suku Assamirah) telah membuat satu patung emas dan mereka menyembah patung itu.. lalu Allah telah murka kpd mereka maka Allah s.w.t telah memanah petir ke patung emas berkenaan dan melekat pada batu...



"dan kami telah janjikan kpd Musa memberikan Taurat sesudah berlalu 30 mlm dan Kami sempurnakan jumlah mlm itu dgn 10 mlm lagi maka sempurnalah waktu yg ditentukan Tuhannya 40 mlm. Dan berkata Musa kpd Harun: Gantikanlah aku dlm memimpin kaumku dan perbaikilah, dan jgnlah kamu mengikuti jln org2 yg membuat kerosakan."~Suraha Al-A'raaf, ayat 142

''dan kaum Musa,setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuta dr perhiasan2 emas mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dpt berbicara dgn mereka dan tidak dpt pula menunjukkan jln kpd mereka? mereka menjadikannya (sbg sembahan) dan mereka adalah org2 yg zalim"~Surah Al-A'raaf, ayat 148

Para Mufassirin berpendapat bahawa patung itu tetap patung yg x bernyawa dan suara spt lembu itu hanyalah disebbkan oleh angin yg masuk ke dlm rongga patung itu dan mengeluarkan satu bunyi... (haadddooii itupun x leh pike..manusia2 ni..x kanla patung bleh bcakap pulak) ..tapi kalo uolls baca dan dalami kisah kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel ni, memg kaum ni diberi byk kelebihan walaupun mereka ditentang oleh Firaun pada masa itu, tetapi mereka dilindungi oleh Allah sehinggakan di suatu masa, Allah bawakan awan utk melindungi mereka dr panas ditgh pdg pasir..itupun mereka tetap x bersyukur...

"Allah berfirman:Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"~Surah Thaahaa, Ayat 85

"Kemudian Musa kembali kpd kaumnya dgn marah dan bersedih hati. Berkata Musa: "Hai kaumku, bukankah Tuhanmu telah telah menjanjikan kpdmu suatu janji yg baik? Maka apakah terasa lama masa yg berlalu itu bgmu atau kamu mgkehendaki agar kemurkaan dr Tuhanmu menimpamu,lalu kamu melnggar perjanjianmu dgn aku?"~ Surah Thaahaa,ayat 86

"Mereka berkata:"Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dgn kemauan kami sendiri, ttp kami disuruh membawa beban2 dr perhiasan kaum itu, dan demikian pula Samiri melemparkannya"~Surah Thaahaa,Ayat 87

"Kemudian Samiri mengeluarkan utk mereka(dr lubang itu) anak lembu yg bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, ttp Musa telah lupa"~Surah Thaahaa, ayat 88

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dpt memberi jwp kpd mereka dan tidak dpt memberi kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan?"~Surah Thaahaa, ayat 89

"Dan sesungguhnya Harun telah berkata kpd mereka sblmnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cubaan dgn anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) yg Pemurah, maka ikutilah aku dan ta'atilah perintahku"~Surah Thaahaa, Ayat 90

"Mereka menjawab: Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, sehingga Musa kembali kpd kami"~Surah Thaahaa, ayat 91

Begitulah kisah kedegilan dan kemungkaran Bani Israel kpd nabi dan ajarannya kpd ..dan mereka tetap mungkar sehingga ke hari ini..wallahualam



memang cacamerba sket baju aku kali ni sebb bj sume dah habis dipakai (da last day pun), at last aku grab t-shirt Mr Hubby dan thermal n shawl angah (cantik betol combination color beige,purple n red ehehhe)..lantak la..asal berbaju..nggeeee

No comments:

Post a Comment