Tuesday, June 16, 2009

Kubu Pertahanan Israel di Sinai



Konflik Arab-Israel telah berlaku sejak dari tahun 1948 lagi. Rentetan drp itu, peperangan demi peperangn berlaku demi merebut tanah Arab. Mengikut sejarah, Negara Israel wujud apabila bangsa Yahudi mengishtiharkan kemenangan sebelah pihak pd 14 Mei 1948 M yg telah mendapat pengiktirafan drp Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB), dgn sokongan Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Negara Israel adalah idea Eropah yg berkembang dgn imperialisme Eropah utk mencapai 2 matlamat yg utama d samping matlamat2 keji yg lain iaitu,

Pertama: Membersihkan Eropah drp bangsa Yahudi yg dianggap sbg sampah manusia.
Kedua : Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam, mendirikan pengawas imperialis tentera pd masa akan dtg dan juga menyemai barah utk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam dan memastikan mereka sentiasa tunduk kpd Eropah.

Manakala Bangsa Yahudi menerima idea Zionisme dan bersegera hendak mencapai matlamat negara Israel yg ingin mendirikan tanah air yg aman bg bangsa Yahudi, slps mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat drp perangai buruk mereka sendiri. Justeru, bertemulah dua cita2 utk mendirikan Negara Israel.

(Teringat kata2 mak bila tengok berita pasal perang Israel dgn negara Arab ni..
"seingat mak, masa mak kecik2 lagi depa ni dah berperang dah" betol ckp mak tu, adapun dlm sejarah..in fact, sejak mak aku belum lahir lagipun.. )

Ikuti Kronologi Peperangan antara Mesir dan Israel


Peperangan Suez 1956 merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir, tetapi juga satu kemenangan politik kepada mereka. Tekanan diplomatik daripada kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memaksa Israel untuk berundur daripada Semenanjung Sinai. Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai,U.N.E.F. (United Nations Emergency Force), untuk memastikan kawasan sempadan tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila daripada menyeberang sempadan ke dalam Israel. Hasilnya, keadaan sempadan antara Mesir dan Israel tenang untuk seketika.
Akibat peperangan 1956 menyaksikan kawasan berkenaan kembali kepada ketidakseimbangan tanpa apa-apa resolusi daripada kesulitan. Pada masa itu, tiada negara Arab yang telah
mengiktiraf Israel.


Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari (juga dikenali sbg Perang Arab-Israel 1967)antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB (yg kononnya tentera pengaman ttp ternyata menyebelahi Israel) dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir.
Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.

Pada tahun 1970, President Mesir, Anwar Sadat telah menawarkan pendamaian dgn Israel tetapi Menteri Pertahana Israel pada masa itu, Moshe Dayan menolak tawaran ini.

Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang kononnya ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih...





Permandangan di Kubu Pertahanan Israel 'yg tidak dpt ditawan'. Dahulu kubu ni di bawah tanah tetapi berjaya dibongkar oleh tentera Islam hanya dgn menggunakan air. Kubu ni dpt ditembusi dr satu tempat ke satu tempat dari dlm tanah sahaja.





Namun pd tahun 1973, tentera Islam berjaya menawan kubu itu pada perang Yom Kippur sekaligus mengalahkan Israel. Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Ia juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Akibatnya juga, Pm Israel, Golda Meir telah dipecat dan begitu juga Goshe Dayan. Bersempena dgn ini juga Mesir mengumumkan cuti umum pd 6 Oktober setiap tahun sehingga sekarang untuk memperingati kemenangan tentera Islam mengalahkan Tentera Israel dan menamakan sebuah jambatan di Kaherah sebagai "6th Oct Bridge".

(Yang membanggakan aku, penuntut Malaysia (pd masa itu, hanya penuntut jurusan agama di Al-Azhar sahaja menuntut di Mesir) juga turut turun pdg membantu dlm Peperangan Sinai ini spt menjahit pakaian perang dan memasak kpd bala tentera. Sebagai tanda terima kasih, kerajaan Mesir telah menghadiahkan tanah kpd kerajaan Malaysia di sini yg dijadikan Dewan Malaysia Abbasiyah di Kaherah)

Tentera Mesir tidak dpt menjejaki di mana tersembunyinya kubu ini..lalu Allah telah menunjukkn jln kpd tentera Islam melalui seorang Ulama' Al-Azhar yg telah bermimpi bahawa cara utk mencari kubu Israel ini adalah dgn menggunakan air. Lalu tentera ini menyalurkan air laut dan disimbah ke pdg pasir ini dan terbongkar lah kubu2 di bawah tanah ini.




mess tentera ini di bawah tanah..


Meriam yg digunakan oleh Israel pd masa itu. Pelurunya boleh pergi sehingga 32km.
p/s:Depa ni x buleh bukak mata due to a terrible sand storm





thumbs down to Israel!!!




antara barang yg digunakan di dalam kubu oleh tentera Israel





Tentera Mesir yg bertugas membawa pelancong melihat di sekeliling kubu..
time kasih abg tentera, sbb bg kami bw kamera..eh! mcm pantun pulak..:P


sumber: Ustaz Noor Hakim, Buku Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam

No comments:

Post a Comment