Tuesday, June 2, 2009

Perigi Nabi Musa a.s

Perigi Nabi Musa ni adalah 1st location yg kami sampai dlm tour yg kami namakan 'Jejak Nabi Musa' ni..ekekeke..eh tapi betolla ..byk sejarah Nabi Musa yg dpt kami jejaki..x sgka ye..di seblh utara Egypt ni byk tersimpan sejarah nabi terdahulu..

Bukan mcm Pyramid, Luxor, dan Aswan yg dibanggakan oleh berpuluh ribu pelancong2 mat saleh dtg ke Egypt setiap tahun utk melihat temple, tombs, dan berbagai kesan sejarah Firaun itu sehinggakan diceritakan masih byk lagi kesan sejarah yg tertanam, jika kais sedikit pasir di sana, (luxor dan Aswan) pasti akan temui artifak baru..heeeemm...this is Egypt..u can choose...either nk tengok sejarah Firaun atau sejarah Islam dan Nabi2 kita..itu pasalla la (sorry to say) perangai org2 diapun ada yg baik dan alim..al-Quran dibawa kemana2. mcm kedai2 baju dan teksi pula sering pasang mengaji al-Quran sepanjang masa ..bagus..bukan golongn tua saja tau, lingkungan 20an pun begitu juga..

Tapi perangai hudoh mcm Firaun pun byk..contohnya time nk berurus niaga dgn diorg ni siap la...menipu kita depan mata je..ambil kesempatan dgn org asing..dgn kencing bersepah..pengotor..yg lelakinya kuat meraba..ish mcm2 lagi la perangai x senonoh..kesian bila dengar student yg dtg sini byk yg culture shocked..diorg lagi la tiap2 hari kena nek bus bdepan dgn masyarakat arab sini..itu yg kami ckp tu..yg perangai hudoh tu ikut firaun la tu ..yg baik2 ikut nabi2 kita...ehehehe betolla agaknya..

Berbalik kpd cerita perigi Nabi Musa kita...masa kami smpai ni ribut pasir kuat betol ..kami tepaksa tunggu kejap lam kete sblum kuar melihat..berdekatan perigi tu kelihatan deretan gerai menjual cenderahati tp ditutup mgkin sebb sand storm ni..


Kat belakang yg ada arrow tu la Laut Merah..Nabi Musa a.s bersama pengikutnya dtg dari sana dan berjalan sampai ke sini dan menggali perigi di sini setelah kehausan lalu menuju ke Palestine (kws ni adalah smpadan egypt dan Palestine)

unikkan pokok di depan ni..
kami tengah menuju ke sebuah lagi mata air di sebelah sana


ada sket jer mata air lam tu..ada lagi perigi yg kami x temui kerana dah
terkambus oleh pasir


deretan kedai yg menjual cenderamata..tp dah tutup due to sand storm


Saya nk cerita juga sikit sejarah pasal Bani Israel bg kita sama2 clear pasai apa perangai depa ni dari dulu sampai skang x senonoh. Bani Israel adalah kaum yg paling byk diberi nikmat oleh Allah. Mereka juga selalu minta Allah tunjuk kebesaran Allah kononnya baru diorang percaya bahawa Allah itu wujud tetapi diorang tetap x bersyukur dan tetap x beriman dan ingkar kpd Allah sedangkan mukjizat nabi mereka nmpak didepan mata seperti dlm Surah al-Baqarah ayat 47, terjemahannya berbunyi,


"Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku telah anugerahkan kpdmu dan ingatlah pula bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"

Nabi2 sebelum Nabi Muhammad adalah dikalangan mereka..apabila lahir Nabi Muhammad bukan dr kaum mereka dan sebagai nabi akhir zaman, mereka tidak boleh terima dan x mahu ikut ajaran Nabi Muhammad...itu salah satu alasan mereka la..sedangkan semasa nabi di kalangan merekapun mereka tetap ingkar..inikan pula Nabi Muhammad s.a.w..wallahualam..

Ayat 49 dan 50 ni pula menceritakan bagaimana Allah s.w.t menunjukkan KebesaranNya. (which is related dgn kisah perigi ni)


"Dan ingatlah, ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan pengikut2nya, mereka menimpakan kepadamu siksaan yg seberat2nya, mereka menyembelih anak2mu yang laki2 dan membiarkan hidup yang perempuan . Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan2 yang besar dari Tuhanmu"


" Dan ingatlah, ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut2nya sedang kamu sendiri menyaksikan."


Terjemahan terperinci ayat di atas ialah sewaktu Nabi Musa a.s membawa Bani Israel ke luar dr negeri Mesir menuju Palestine dan dikejar oleh Firaun, mereka harus melalui Laut Merah sebelah utara. Maka Allah memerintah Nabi Musa a.s memukul laut itu dgn tongkatnya lalu terbelahlah laut dan terbentanglah jln di tgh2 nya dan nabi melaluinya bsama kaumnya ke seberang. Sedang Firaun dan pengikut2nya melalui jln, semasa berada di tengah2 laut, kembalilah laut itu seperti biasa lalu tenggelamlah mereka.




Perigi Nabi Musa ni pula terhasil slps drp nabi dan kaumnya melepasi Laut Merah itu, mereka kehausan lalu buat perigi bersama2 utk meminum air..



sumber : tour guide kami iaitu Ustaz Noor Hakim
Al-quran dan terjemahannya










No comments:

Post a Comment