Tuesday, June 16, 2009

Kubu Pertahanan Israel di Sinai



Konflik Arab-Israel telah berlaku sejak dari tahun 1948 lagi. Rentetan drp itu, peperangan demi peperangn berlaku demi merebut tanah Arab. Mengikut sejarah, Negara Israel wujud apabila bangsa Yahudi mengishtiharkan kemenangan sebelah pihak pd 14 Mei 1948 M yg telah mendapat pengiktirafan drp Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB), dgn sokongan Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Negara Israel adalah idea Eropah yg berkembang dgn imperialisme Eropah utk mencapai 2 matlamat yg utama d samping matlamat2 keji yg lain iaitu,

Pertama: Membersihkan Eropah drp bangsa Yahudi yg dianggap sbg sampah manusia.
Kedua : Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam, mendirikan pengawas imperialis tentera pd masa akan dtg dan juga menyemai barah utk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam dan memastikan mereka sentiasa tunduk kpd Eropah.

Manakala Bangsa Yahudi menerima idea Zionisme dan bersegera hendak mencapai matlamat negara Israel yg ingin mendirikan tanah air yg aman bg bangsa Yahudi, slps mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat drp perangai buruk mereka sendiri. Justeru, bertemulah dua cita2 utk mendirikan Negara Israel.

(Teringat kata2 mak bila tengok berita pasal perang Israel dgn negara Arab ni..
"seingat mak, masa mak kecik2 lagi depa ni dah berperang dah" betol ckp mak tu, adapun dlm sejarah..in fact, sejak mak aku belum lahir lagipun.. )

Ikuti Kronologi Peperangan antara Mesir dan Israel


Peperangan Suez 1956 merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir, tetapi juga satu kemenangan politik kepada mereka. Tekanan diplomatik daripada kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memaksa Israel untuk berundur daripada Semenanjung Sinai. Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai,U.N.E.F. (United Nations Emergency Force), untuk memastikan kawasan sempadan tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila daripada menyeberang sempadan ke dalam Israel. Hasilnya, keadaan sempadan antara Mesir dan Israel tenang untuk seketika.
Akibat peperangan 1956 menyaksikan kawasan berkenaan kembali kepada ketidakseimbangan tanpa apa-apa resolusi daripada kesulitan. Pada masa itu, tiada negara Arab yang telah
mengiktiraf Israel.


Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari (juga dikenali sbg Perang Arab-Israel 1967)antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB (yg kononnya tentera pengaman ttp ternyata menyebelahi Israel) dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir.
Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.

Pada tahun 1970, President Mesir, Anwar Sadat telah menawarkan pendamaian dgn Israel tetapi Menteri Pertahana Israel pada masa itu, Moshe Dayan menolak tawaran ini.

Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang kononnya ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih...





Permandangan di Kubu Pertahanan Israel 'yg tidak dpt ditawan'. Dahulu kubu ni di bawah tanah tetapi berjaya dibongkar oleh tentera Islam hanya dgn menggunakan air. Kubu ni dpt ditembusi dr satu tempat ke satu tempat dari dlm tanah sahaja.





Namun pd tahun 1973, tentera Islam berjaya menawan kubu itu pada perang Yom Kippur sekaligus mengalahkan Israel. Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Ia juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Akibatnya juga, Pm Israel, Golda Meir telah dipecat dan begitu juga Goshe Dayan. Bersempena dgn ini juga Mesir mengumumkan cuti umum pd 6 Oktober setiap tahun sehingga sekarang untuk memperingati kemenangan tentera Islam mengalahkan Tentera Israel dan menamakan sebuah jambatan di Kaherah sebagai "6th Oct Bridge".

(Yang membanggakan aku, penuntut Malaysia (pd masa itu, hanya penuntut jurusan agama di Al-Azhar sahaja menuntut di Mesir) juga turut turun pdg membantu dlm Peperangan Sinai ini spt menjahit pakaian perang dan memasak kpd bala tentera. Sebagai tanda terima kasih, kerajaan Mesir telah menghadiahkan tanah kpd kerajaan Malaysia di sini yg dijadikan Dewan Malaysia Abbasiyah di Kaherah)

Tentera Mesir tidak dpt menjejaki di mana tersembunyinya kubu ini..lalu Allah telah menunjukkn jln kpd tentera Islam melalui seorang Ulama' Al-Azhar yg telah bermimpi bahawa cara utk mencari kubu Israel ini adalah dgn menggunakan air. Lalu tentera ini menyalurkan air laut dan disimbah ke pdg pasir ini dan terbongkar lah kubu2 di bawah tanah ini.




mess tentera ini di bawah tanah..


Meriam yg digunakan oleh Israel pd masa itu. Pelurunya boleh pergi sehingga 32km.
p/s:Depa ni x buleh bukak mata due to a terrible sand storm





thumbs down to Israel!!!




antara barang yg digunakan di dalam kubu oleh tentera Israel





Tentera Mesir yg bertugas membawa pelancong melihat di sekeliling kubu..
time kasih abg tentera, sbb bg kami bw kamera..eh! mcm pantun pulak..:P


sumber: Ustaz Noor Hakim, Buku Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam

Thursday, June 4, 2009

Lembu Samiri


Subhanallah...pertama kali kami melihat batu ni, kami hampir x percaya adakah batu ni diukir atau naturally nye bagini...dah x sangsi lagi bentuknya x kan terjadi hanya oleh hakisan angin (kecuali dgn kehendak Allah) serupa dgn bentuk seekor lembu...apa yg diceritakan oleh Ustaz Hakim, batu ni mempunyai kisahnya sendiri mengapa Allah jadikan dia sebegini...

Ternyata kisah ni disebut berkali2 di dlm Al-Quran dlm Surah Al-Baqarah,Taha, dan Al-A'raaf yang bermaksud :

"Dan ingatlah , ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah 40 mlm), lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahanmu) sepeninggalannya dan kamu adalah orang2 yang zalim"~ surah Al-Baqarah,ayat 51

"Dan ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya: 'Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ~Surah Al-Baqarah,ayat 54

"Dan ingatlah, ketika kamu berkata: 'Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dgn terang' kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya" ~Surah Al-Baqarah,ayat 55


Apa yang saya dpt rumuskan drp ketiga-tiga ayat diatas, drp pemahaman saya dr penerangan Ustaz Hakim, pada suatu hari Nabi Musa berpesan kpd kaumnya bahawa ingin bermunajat kpd Allah di Gunung Thursina (Gunung Sinai yang kami panjat tu la ) selama 30 mlm dan dgn perintah Allah, Nabi menambah permunajatannya selam 10 mlm lagi. Disebabkan Nabi Musa tidak muncul pada masa yg ditetapkan, kaumnya menganggap Nabi telah menipu mereka dan mereka terus berpaling dari ajaran Islam..salah seorang drp kaum Bani Israel ni yg bernama Samiri (seorang Bani Israel dr suku Assamirah) telah membuat satu patung emas dan mereka menyembah patung itu.. lalu Allah telah murka kpd mereka maka Allah s.w.t telah memanah petir ke patung emas berkenaan dan melekat pada batu...



"dan kami telah janjikan kpd Musa memberikan Taurat sesudah berlalu 30 mlm dan Kami sempurnakan jumlah mlm itu dgn 10 mlm lagi maka sempurnalah waktu yg ditentukan Tuhannya 40 mlm. Dan berkata Musa kpd Harun: Gantikanlah aku dlm memimpin kaumku dan perbaikilah, dan jgnlah kamu mengikuti jln org2 yg membuat kerosakan."~Suraha Al-A'raaf, ayat 142

''dan kaum Musa,setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuta dr perhiasan2 emas mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dpt berbicara dgn mereka dan tidak dpt pula menunjukkan jln kpd mereka? mereka menjadikannya (sbg sembahan) dan mereka adalah org2 yg zalim"~Surah Al-A'raaf, ayat 148

Para Mufassirin berpendapat bahawa patung itu tetap patung yg x bernyawa dan suara spt lembu itu hanyalah disebbkan oleh angin yg masuk ke dlm rongga patung itu dan mengeluarkan satu bunyi... (haadddooii itupun x leh pike..manusia2 ni..x kanla patung bleh bcakap pulak) ..tapi kalo uolls baca dan dalami kisah kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel ni, memg kaum ni diberi byk kelebihan walaupun mereka ditentang oleh Firaun pada masa itu, tetapi mereka dilindungi oleh Allah sehinggakan di suatu masa, Allah bawakan awan utk melindungi mereka dr panas ditgh pdg pasir..itupun mereka tetap x bersyukur...

"Allah berfirman:Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"~Surah Thaahaa, Ayat 85

"Kemudian Musa kembali kpd kaumnya dgn marah dan bersedih hati. Berkata Musa: "Hai kaumku, bukankah Tuhanmu telah telah menjanjikan kpdmu suatu janji yg baik? Maka apakah terasa lama masa yg berlalu itu bgmu atau kamu mgkehendaki agar kemurkaan dr Tuhanmu menimpamu,lalu kamu melnggar perjanjianmu dgn aku?"~ Surah Thaahaa,ayat 86

"Mereka berkata:"Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dgn kemauan kami sendiri, ttp kami disuruh membawa beban2 dr perhiasan kaum itu, dan demikian pula Samiri melemparkannya"~Surah Thaahaa,Ayat 87

"Kemudian Samiri mengeluarkan utk mereka(dr lubang itu) anak lembu yg bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, ttp Musa telah lupa"~Surah Thaahaa, ayat 88

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dpt memberi jwp kpd mereka dan tidak dpt memberi kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan?"~Surah Thaahaa, ayat 89

"Dan sesungguhnya Harun telah berkata kpd mereka sblmnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cubaan dgn anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) yg Pemurah, maka ikutilah aku dan ta'atilah perintahku"~Surah Thaahaa, Ayat 90

"Mereka menjawab: Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, sehingga Musa kembali kpd kami"~Surah Thaahaa, ayat 91

Begitulah kisah kedegilan dan kemungkaran Bani Israel kpd nabi dan ajarannya kpd ..dan mereka tetap mungkar sehingga ke hari ini..wallahualam



memang cacamerba sket baju aku kali ni sebb bj sume dah habis dipakai (da last day pun), at last aku grab t-shirt Mr Hubby dan thermal n shawl angah (cantik betol combination color beige,purple n red ehehhe)..lantak la..asal berbaju..nggeeee

Tuesday, June 2, 2009

Perigi Nabi Musa a.s

Perigi Nabi Musa ni adalah 1st location yg kami sampai dlm tour yg kami namakan 'Jejak Nabi Musa' ni..ekekeke..eh tapi betolla ..byk sejarah Nabi Musa yg dpt kami jejaki..x sgka ye..di seblh utara Egypt ni byk tersimpan sejarah nabi terdahulu..

Bukan mcm Pyramid, Luxor, dan Aswan yg dibanggakan oleh berpuluh ribu pelancong2 mat saleh dtg ke Egypt setiap tahun utk melihat temple, tombs, dan berbagai kesan sejarah Firaun itu sehinggakan diceritakan masih byk lagi kesan sejarah yg tertanam, jika kais sedikit pasir di sana, (luxor dan Aswan) pasti akan temui artifak baru..heeeemm...this is Egypt..u can choose...either nk tengok sejarah Firaun atau sejarah Islam dan Nabi2 kita..itu pasalla la (sorry to say) perangai org2 diapun ada yg baik dan alim..al-Quran dibawa kemana2. mcm kedai2 baju dan teksi pula sering pasang mengaji al-Quran sepanjang masa ..bagus..bukan golongn tua saja tau, lingkungan 20an pun begitu juga..

Tapi perangai hudoh mcm Firaun pun byk..contohnya time nk berurus niaga dgn diorg ni siap la...menipu kita depan mata je..ambil kesempatan dgn org asing..dgn kencing bersepah..pengotor..yg lelakinya kuat meraba..ish mcm2 lagi la perangai x senonoh..kesian bila dengar student yg dtg sini byk yg culture shocked..diorg lagi la tiap2 hari kena nek bus bdepan dgn masyarakat arab sini..itu yg kami ckp tu..yg perangai hudoh tu ikut firaun la tu ..yg baik2 ikut nabi2 kita...ehehehe betolla agaknya..

Berbalik kpd cerita perigi Nabi Musa kita...masa kami smpai ni ribut pasir kuat betol ..kami tepaksa tunggu kejap lam kete sblum kuar melihat..berdekatan perigi tu kelihatan deretan gerai menjual cenderahati tp ditutup mgkin sebb sand storm ni..


Kat belakang yg ada arrow tu la Laut Merah..Nabi Musa a.s bersama pengikutnya dtg dari sana dan berjalan sampai ke sini dan menggali perigi di sini setelah kehausan lalu menuju ke Palestine (kws ni adalah smpadan egypt dan Palestine)

unikkan pokok di depan ni..
kami tengah menuju ke sebuah lagi mata air di sebelah sana


ada sket jer mata air lam tu..ada lagi perigi yg kami x temui kerana dah
terkambus oleh pasir


deretan kedai yg menjual cenderamata..tp dah tutup due to sand storm


Saya nk cerita juga sikit sejarah pasal Bani Israel bg kita sama2 clear pasai apa perangai depa ni dari dulu sampai skang x senonoh. Bani Israel adalah kaum yg paling byk diberi nikmat oleh Allah. Mereka juga selalu minta Allah tunjuk kebesaran Allah kononnya baru diorang percaya bahawa Allah itu wujud tetapi diorang tetap x bersyukur dan tetap x beriman dan ingkar kpd Allah sedangkan mukjizat nabi mereka nmpak didepan mata seperti dlm Surah al-Baqarah ayat 47, terjemahannya berbunyi,


"Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku telah anugerahkan kpdmu dan ingatlah pula bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"

Nabi2 sebelum Nabi Muhammad adalah dikalangan mereka..apabila lahir Nabi Muhammad bukan dr kaum mereka dan sebagai nabi akhir zaman, mereka tidak boleh terima dan x mahu ikut ajaran Nabi Muhammad...itu salah satu alasan mereka la..sedangkan semasa nabi di kalangan merekapun mereka tetap ingkar..inikan pula Nabi Muhammad s.a.w..wallahualam..

Ayat 49 dan 50 ni pula menceritakan bagaimana Allah s.w.t menunjukkan KebesaranNya. (which is related dgn kisah perigi ni)


"Dan ingatlah, ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan pengikut2nya, mereka menimpakan kepadamu siksaan yg seberat2nya, mereka menyembelih anak2mu yang laki2 dan membiarkan hidup yang perempuan . Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan2 yang besar dari Tuhanmu"


" Dan ingatlah, ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut2nya sedang kamu sendiri menyaksikan."


Terjemahan terperinci ayat di atas ialah sewaktu Nabi Musa a.s membawa Bani Israel ke luar dr negeri Mesir menuju Palestine dan dikejar oleh Firaun, mereka harus melalui Laut Merah sebelah utara. Maka Allah memerintah Nabi Musa a.s memukul laut itu dgn tongkatnya lalu terbelahlah laut dan terbentanglah jln di tgh2 nya dan nabi melaluinya bsama kaumnya ke seberang. Sedang Firaun dan pengikut2nya melalui jln, semasa berada di tengah2 laut, kembalilah laut itu seperti biasa lalu tenggelamlah mereka.




Perigi Nabi Musa ni pula terhasil slps drp nabi dan kaumnya melepasi Laut Merah itu, mereka kehausan lalu buat perigi bersama2 utk meminum air..



sumber : tour guide kami iaitu Ustaz Noor Hakim
Al-quran dan terjemahannya










Monday, June 1, 2009

DuGaaN Ku

demam ni x baek2 da 2 hari dah..appoinment ngn gen. doc kul 11a.m
mlm tu ade pasan ade kind of rash kat blakang tgkuk..
mr hubby said.. "x de ape ruam ni.."
who knows..right after jumpa dokter, balik smayg zuhur pastu pasan ade satu lagi rash that contained water..hah? ape ni??checked lagi..ada 2,3 lagi kat bhg kepala..
ha suddaaahhh..trus kol dr Lida Ragni, give her the situation, trus dia comfirm..
"this is chicken pox, but dont worry Madam Suraya, its just a harmless disease but u still cannot go out of home bcoz it can spread..."
hummmm tau..memg ler cenggitu..sape nk dekatpun...kene la tahanan rumah. Trus order juice kalapa muda dgn K Mala..kat sini ble dpt juice dlm tin jek..itupun product Thailand..x pe la..pas minum air, u know what guys? bertimbun2 dier kuar....Ya Allah! aku sndri x lalu tgok muke aku..x bg can langsung, stiap milimeter dia kuar..dah mcm pesakit resdung yg kronik....badan jgn ckp la..lagi ngeri dooo!!x pe la..nk wat camne..memgpun seumor idop aku x nah lagi alami penyakit ni..itu yg kene trus terok tu..sabar je la Pn Sue...ada Mr Hubby je melayan..sedey tol..diapun kene mkn rebus2 jek tiap2 hari skang ni..dah camtu pantangnye..x leh goreng2 lam umah ni..nk wat cane....kalo x, siap la aku mcm lipas kudung tahan gatal, dah la x leh garu..nanti tinggal marks, aku yg x cun..heh heh..
dahtu dia yg masak..balik keje penat2, sapu ubat kat aku dulu..dah mcm tepung gomak la...berkemutih jer bdan aku ni sebabkan calamyld lotion tuh..pastu masak nasi..dan kerja2 rumah yg len..aku?
dia x bg buat keje pape sebb bile bpeluh lagi menjadi2 gatalnye..hhaadduuuss boring la aku camni..sian laktu kat dia..
tp hari ni da masuk hari ke-7..bykpun yg dah kering..da kurang gatal..aku da mule buat keje umah..nk kene cari bedak sejuk ngn air mawar pulak..heeem mane la nk dpt tu..yg ni paling penting ni..utk ilangkan scar..
btw, thanks abbi 4 everything...kerana sudi malayan pompuan yg tgh 'gatal' ni..heh heh

Tuesday, May 26, 2009

Nantikan..

Nantikan kisah seterusnya setelah saya baik dr demam....doakan saya cepat baik ye..

Monday, May 25, 2009

Makam Nabi Salleh, Nabi Harun dan St. Catherine

Jgn konfius yer blogger sekalian..ini cerita suda lapuk..celita wa pigi bulan febluali..tapi kisah dan sejalah ni talak lapok punya di telan zaman..ini bkn main2, celita nabi2 kita hooooo...(apek mane plak tukang ckp ni? minat pulak dia pasal Islam..)


bukan aku x mo post, tapi cerita ni bkn boleh tulis sebarangan, ini sejarah Islam..kene la kaji sikit..rujuk sirah,rujuk al-Quran dan tanya kpd yg arif..



Makam Nabi Harun...makam ni terletak bdekatan dgn makam Nabi Salleh a.s






St. Khaterine...terletak betol2 di kaki gunung Sinai..so tanpa melengahkan masa, kami terus menuju ke pintu gereja utk melawat di dlmnya..alamak,! tlupa plak hari ni hari ahad, ditutup kpd non-Kristian..depa kat dlm dok smayang..tgkap gambo kat entrance je la.. Kisah si Khaterine ni, dia adalah seorang pengikut Nabi Musa a.s yg sebelumnya seorang Kristian. Dia memeluk Islam dan telah meninggal dunia dalam Islam..tapi org Kristian tetap x ngaku dan diorg nak juga kata yg Katherine adalah Kristian sehingga akhir hayatnya..dahulu gereja ini adalah masjid tetapi telah diambil alih oleh org Kristian dan dijadikan gereja...gereja ini juga tercatat sebagai gereja tertua di dunia..tidak heranlah para paderi seluruh dunia akan berkumpul di sini sekali pada setiap tahun...ape yg diorg bincgkan yer? u'ols pikirlah sendri












heemmm..baru pas panjat gunung time nih..hhuuuuhhh letih giler, (ade satu trip yg we'ols miss out iaitu mata air Nabi Musa.. ladies sume pancit, balik kem dan siapkan lunch jer..Mr. Hubby jek gi ngn Hakim~tour guide merangkap clique abbi kat sini) check out jer dr kem kaki gunung sinai, kami berangkat balik..but on the way back, kami pusing2 sekitar sinai dulu..rupanya sinai ni, memg terkenal dgn sejarah islam yg cukup hebat. bukan di puncaknya gunungnya saja..(dipuncak gunung ini lah tempat di mana Nabi Musa menerima wahyu Allah) malah di sinilah salah satu tempat di mana para nabi menyebarkan agama Islam waaahh sugguh kagum akoooo!!!..terbukti jelas kekuasaan Allah..ish..byk yg saya nk ceritakan nih..nanti saya citer pasal lembu Samiri..but this time, nk citer pasal makam nabi yg kami jumpa di sekeliling Sinai ni. Makam Nabi Salleh. Cube kwn2 kira Nabi kita ada berapa org..Adam, Idris, Noh, Hud, Salleh, maksudnya ini Nabi Allah yg ke-5 taw..!!Bayangkan lah berapa lama dah Sinai ni wujud....sejak zaman Nabi Salleh lagi. Mesir, padan la dgn gelarannya Bumi para Anbiyak..




Di sini terkuburnya pengikut2 Nabi Salleh iaitu bersebelahan dgn makam Nabi Salleh a.s (if u'ols noticed yg ade pacak batu2 itu la batu nisan nya). Pengikut Nabi salleh terdiri drp Kaum Sammut iaitu kaum yg terkuat pada masa itu






Makam Nabi Salleh..sedey plak tgok..kurang terjage sket..x keterlaluan jika saya katakan kalo makam ni ada kat Msia mesti dijaga rapi..x kesah la masuk kene bayarpun asalkan terjaga kan? ape2pun kami sempat juga sedekahkan al-fatihah buat





















Monday, May 18, 2009

Egyptian Cafe

Kami jln2 dekat kws rumah...tjumpa pulak satu cafe..saje nk cube ase.. kalo tekak tu x leh timer makanan arab, minum 'asir (juice) pun jd la..pastu nmpak plak org sblah meja kami tu mkn om ali..eh! buleh cobe ni!..rupenya om ali cafe ni special sket dr yg biase..tp om ali yg ni ase mcm ala2 Nestum gitu..alah lupe plak amik gambo om ali tuh...okey..ni aku tunjuk kat kowang std punye om ali..ni pun aku grabbed dr tenet ehehe..



ni om ali yg betol punye.....(basic ingredientnye adalah drp susu, pastry, n any nuts n also raisin)tp yg ni pun aku suke..sebb ade ase susu dan campurannye tu yg dibakar dlm mangkuk tanah ni..bagus bg penggemar susu..




very egyptian cafe ni..x der la aku interbiu owner cafe ni cane dia dpt ilham dan aper bagai..cume tanye tukang amik order a.k.a waiter die la serba sedikit..seb bek dia mo layan gak..most probably sebb nmpak kami foreigner kot itu yg rajin layan soklan2 remeh temeh aku dan dia..sebb kami nmpk ade....ape org melayu panggil? labu sayung yer x silap..(spt gambo di atas) rupe2nye diorg pun ade gunakan mende yg same utk sejukkan air time dulu2 mase x der tallagah (peti sejuk) lagi. maap kpd pembaca sekalian..aku tpakse gunekan bhs arab yg aku buleh sket2 ni untuk tidak membuat aku x lupa apa yg sheikh tu ajar aku tiap2 mingu





kalo perasan kat ujung atas sblah kanan tu ade mcm labu gak kan..tp besar sket dr td..kata mereka ini untuk simpan mknan spt cheese dan lain2







org x bape ade lagi..asenye sebb kami dtg awai..selalu nya egyptian ske lepak lewat mlm..kul 10 mlm belom cukup mlm bg depa

Sunday, May 17, 2009

panasnye hari ni

Asal ase panas sini len mcm je hari ni..? bahang betol..pg td g embassy jap..uruskan ape yg patut (g opis hubby la ni) pastu nek tingkat 6 buat tagging harge kat markaz PERWAKILAN (kpd sape yg xtau, ni Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Msia)..ase bahang semacam jek..pastu turun kat operator..'

'innahardah harrd awwie'' (maksudnye~panasnye hari ni)...ckp ku kpd Mr Ramadhan.

''tob'an imbareh tamaniah wi arba'in, innahardah sab'ah wi arbain'' (dlm bhs melayunye~memgpun..semalam 48 degree sebb hari ni pulak 48 degree)


uuhh padan la mase jln td ase mcm baju ni garing mcm pas kene iron..uhuhu pas winter, hari ni ase paling panas..selalunya akn berlarutan smpai seminggu cmni..pastu baru turun sket..
addduusss

nota tgn: jgn comment kpd yg pandai lughah arabiyyah yea..ni simple arabic je ni..pak arab tupun respon simple arabic jugak bg aku paham..heh heh

Tuesday, May 12, 2009

2 minggu yg lalu..

Cite ni sebenanye 2 minggu yg lalu..satu mlm tu angah dtg ngn hakim..we'ols x to nk buat pe..ase cam nk lepak tp d mana yea? ah haaa..! tringt hari tu kak Masitoh ada cite dulu mase dia amik master kat Cairo Univ. dia lepak kat tepi Sg Nile sambil mkn aiskrim..caaaanttiikk sgt masa mlm katanye..cantik ke? "molek lah kiranya kalau kita pegi mlm ni wahai suamiku.." kata aku kpd suami..(ceh! ngarut jek..mane ade org zaman skang ckp bhs melayu kuno okey!..)..dah la tu..lihat la hasil gambar yg diambil oleh Mr Hubby dgn Nikon DSLR D60 sebelum aku melalut lebe pjg lagi...:P





Kapal yg lalu bwh jmbatan tu gerek seh...pusing2 Sg Nile sampai sejam..
tapi layan jer la lagu arab dgn speaker pecah nanti..uhuhuu




Restoran di tepi sg. nil..byk lagi sbenornye..bleh nampak dr jmbatan 6th Oct..
len kali la pegi sane plak

Monday, May 4, 2009

yg paling Dekat ni!!

Pyramid tempat yg paling dekat ni! itupun x pegi lagi..itula la ase cam sempat jek pegi bile2..ni da tinggal sebulan je kami kat sini baru nk jelajah ke kws yg dah berusia hampir 5000 tahun...itu la yg dikatakan peradaban dunia bermula di sini...Malaysia? Tanah Melayu dibuka oleh Parameswara pun pada tahun 1400 an kan? tapi saya bangga menjadi rakyat Malaysia dgn sebb Malaysia berkembang selaras dgn permbangunn dunia...Egypt? dulu depa boleh berbangga, tapi la ni..teksi cam nk robohpun masih pakai kat tgh bandor nih..in fact,Malaysia pulok dah yg tolong depa..Dr Mahathir Mohd dulu penah jd Penasihat Ekonomi Egypt dan antara hasilnya, di sini juga ada satu kwn kompleks kerajaan terancang mcm Putrajaya yg namanya Heliopolis...itu la penangan Cik Det!!


Kunun gergasi la tu :P


Masa dulu, pyramid ni berdekatan dgn sungai, maka batu2 utk bina pyramid ni dibawa dgn kapal dr Aswan iaitu 982 km drp Cairo. Ni la kesan tempat kapal berlabuh




Bekas tempat simpanan mumia..tapi ini pyramid yg kecik je...cucu cicit firaun je ni...masuk pun PREE..yg penting yg ni bleh wak masuk camera..hohoho


Penulis merasa pyramid hanya sekecil tapak tgnnya..nnggeeee




Mula2 kami dtgpun ingat temptnye jauh di pdg pasir rupe2nye kat tgh bandar Giza ni je!memg ler kat padang pasir,tp pdg pasir tu yg dok tgh bandor..hohoho! masa Auntie Yang dan Bob dr Qatar & Sudan dtg, Mr hubby jek bw they ol pegi sane..kunun, "x pe la..auntie pegi la Sue da pegi.."ceh! padahal tgkap gambo kat luar je..nggeeee..yg nk cerita ni kami sgt frustated sebenarnye sebb x dpt masuk dlm pyramid..:( kat dlm ni la tersimpan mumia dan sume harte bendenye,(but skang da bw masuk muzeum)..citenye camni, sampai kat entrance, pak cik jaga lubang tu ckp, "no camera allowed!" okey..Mr Hubbypun keluarkan batteri dan bg kat dia. "u keep the battery n i will bring the camera in..dont worry it can't b use"..pastu tau ape pak cik ckp? dia pointed kat signboard gambar palang dkat camera. ''no camera, qhalas!(maksudnye finish lam bhs arab)''..aku tau, maksudnye bukn battery yg x dibenarkan to camera..betol x kwn2?aadddduuuhhh sengal pokok getah betolla pakcik ni..ingat, kami nk bg dia simpan camera dslr ni? kalo ade tmpat simpan yg proper x pe..ni kat celah batu je..malas layan "jom la syg..nanti jatuh ke rosak ke maklish(sorry) jer pak arab nih..kamipun blah dgn perasan yg menyampah dan bengang sebb rugi dah bayar 2 tiket masuk bernilai 100 LE...