Monday, June 29, 2009

bila SUNTRA dah dtg umah

Bila SUNTRA express dah dtg umah..habis la brg lam umah diangkut..sebab dia packers yg kami pilih utk carry personel effect kami..satu company Jepun yg beroperasi di Egypt..puas hati dgn cara diorg bekerja..penat je aku pack sndri brg fragile aku..sebb pengalaman kwn2 kat sini dgn company arab, byk yg rosak..is not that we can claim money for this item but the thing is the value of that stuff which is cannot find in Malaysia..tp rupanya mereka ni lagi teliti..bagus la..

By the way, insyaallah kami akan pulang ke Malaysia by the end of this month tp bergantung kpd bila pengganti athir iaitu Azfarhadi akan dtg..dia yg akan bw tiket..aku x kesah tp harapan kami biarlah sblum 11 Julai iaitu sblum kelas athir di UTM bermula..aku seronok sbb dia dpt smbg balik pengajian dia dlm bidang yg dia minat iaitu Kejuruteraan Elektrik..


pinggan-minggan
org pompuan kejenye menulis dan lelaki me'meyking'..

melihat adalah lebih mudah drp melakukan ;P

diorg ni tgh pike camne nk pack this very fragile lamp



Thursday, June 25, 2009

that's why we LOVE cappucino

aaddduuusss...da pukul 4 pg dah ni..susah betol nk tido mlm ni..ni mesti sbb minum cappucino ptg td la ni...( menstruals disoder is another reason)...ish, memg pekat betol la kopi tu...he's the one who recommened me to this cafe...(cafe kat petrol station la sbenarnye...en. bos dia la suke minum sini sebb senang parking (tau saja la nk cari parking kat egypt ni) ...





that' why we love cappucino..(just like cappucino love us..!haha)



inila kopi yg sampai....so cute with that written...mentang2 la kami dtg berdua..ehehehe..sedap betol...perut yg kembong ni kene air panas..tp yg x syok nya tmpat lepak dia x de krusi..there's only round table just to put the beverage on and reading...x sesuai bg kak non yg memerlukan rehat yg cukup bg pinggang beliau yg sakit melantong ni

berbalik pade cite aku yg buleh tidoq ni..aaaddduuusss.....tgok org sbelah dah sedap diulit mimpi..yg kita kat sebelah ni..likpok likpok mata..terus aku bgn dan on lappy..ape nk buat lg...menulis la...

td masa nk pejamkan mata tu..tetiba pulak pikiran ni jauh pegi ke zaman sekolah..ntah kenape tetibe aku tingat cikgu2 sekolah teknik aku..ish..dok jauh ni mcm2 teringat...kalo family tu jgn ckp la..tiap2 mlm mimpi...camne la rope depe dah skang ni..mesti k long aku yg sihat tu makin sehat..k ngah aku yg dah mengeluarkan bayi dr perutnya..ish..mesti payah nak caye bhw bayi itu bayi kakakku..sebb x nmpak pun dia ngandung......huhuhu..


pasai cikgu2 aku plak....aku ralat sebb mase wedding aku, x smpat nk jemput diorg..minta mahap ye cikgu..sebb belah suami saye x sabo nk bermenantukan saye..nk cepatkan majlis smpai x smpat nk trace sume kwn2 n cikgu...(hahaha..storey sbenonye sebb dewan dah fully book..hari tu je free..)..aku tingat cikgu fizik aku..Cikgu Mariam, merangkap guru kelas aku..dah la cun, baik lak tu..memg aku x leh lupa sebb dia susah nk marah kami..kdg2 sampai tenggelam suare dia dek kebisingn budak2 laki kelas aku tu..pastu rajin bw dekorating stuff..kami cume perlu tolong lekat je..dia dah siap2 buat kat umah..uish..kalo sume cikgu cenggini kan best..


apo nk buek, kalo dah kelas mechanical engineering, mesti la sekerat je dak pompuan, kami ni cuma 8 org je..memg sometimes out of control sket kelas tu, tp kalo subject yg diorg minat pandai pulak diorg diam..ternganga mulut tu dengar cikgu kimia kami, Cikgu Maygala. she's an indian teacher..kalo dia lalu tu,wangi satu kelas bau perfume bodyshop dia..yg ni aku ase sume budak 5Teknik 1 akan ingat...Cikgu Maria. Cikgu Add Math paling garang yg penah aku jumpa..nasib kami la..time ngajar kitorg dia tgh preggy..maklumla pembawakan budak..hari2 kene tempik ngn dia...kdg2 aku ase x de hal pun..apesal ntah..agaknye dia ngidam nk tempik org kot..hahaaha..dah besalin, elok pulak dia baik ngn kitorg...

baiklah !!! satu misi yg aku akan buat balik dr egypt nanti, nk jumpe sume cikgu2 aku!! (x dpt sume, dpt jumpa cikgu dok bandar laguna jd la..ehehehe)

Saturday, June 20, 2009

Pasar Mohandissen

Ikan dah abes la lam freezer...kena la p pasar..dulu kitorg slalu g pasar kat Saidatina Zainab yg jaraknya lam 10 km dr Mohandissen..eh ye ke ni? x plak aku ukur jln dia hik2..tp kosnya 15 L.E nek teksi..but now dah jumpa pasar kat Mohandissen..x yah g jauh2 lagi..
eh..kowang blom tengok lagi kan pasar kat sini ?.. ini aku adeer snap sedikit gambo kenangan utk aku dan kowang tngok..zzaasss


ni antara pengangkutan utama rakyat mesir utk berniaga..sian pulak nengok keldai yg ketot ni..kgkadang tayar dah gelong..lagi la menmbahkan beban..

ha..cam ni ok la...nmpak gagah sket kuda ni...


kalo nak tau keldai kat sini amik lesen utk berada d jln raya Mohandissen ni..(betol ke?) ni aku snap masa keldai ni tgh tunggu traffic light..elok je beratur dgn kete lain kan..ohohoho


ade x sesaper yg haus? pakcik ni menyediakan juice tamarind (air asam jawa) sejuk lagi..(eee x lalu aku nk minum..diorg x ske masak air tuk buat juice..air paip ajooo)


ini la makanan ruji depa..org sini panggil aish (maksudnye roti yg berbentuk bulat)..kalo nk tau, japgi roti yg dia jinjing tu trus letak atas tanah tepi jln utk dijual..jgn terkejut kalo ramai yg beli..depa memg x kesah stakat roti kene abuk jln tu..x kotor ke?ish..sakit perut kang!!! buktinya..mkcik gemuk kat depan tu idop dan BESAR jer akibat mkn aish hari2..heh heh


itu sebb saya ni keras kepala orgnya....itu sebb kepala saya kuat!!!!


yg aku paling rindu adalah sayur bdaun hijau..sini byk kekacang je..


adoi! sakit tgn aku kene duri bendi...bendi kat sini byk saiz..yg sekontot ibu jari pun hade..


ayam yg nk dijual diperagakan atas bakul ni..bukan diikat, tp xkn lari sbb dah masuk ubat lam mulutnya (mouth to mouth tau cik non..org tu masuk ubat lam mulut pastu sembur lam mulut ayam)..so mulut dia sama bau dgn mulut ayam..hahhaha



kat sini la aku beli anggur yg segar dgn harga 3 L.E sekilo (RM 2)
dan mish-mish di bawah (harga x tau sebb pakcik tu bg free je sbb aku minta sebiji je)..hahahaa


mish-mish (apricot)~syeddaapp..ase masam2 manis cam yg kering punye



buah hangguk ni rapuh bila di kunnyah..kitowg beli 2 kilo skali ngadap je mkn depan tv..(tp kalo ade angah la..)

Tuesday, June 16, 2009

Kubu Pertahanan Israel di Sinai



Konflik Arab-Israel telah berlaku sejak dari tahun 1948 lagi. Rentetan drp itu, peperangan demi peperangn berlaku demi merebut tanah Arab. Mengikut sejarah, Negara Israel wujud apabila bangsa Yahudi mengishtiharkan kemenangan sebelah pihak pd 14 Mei 1948 M yg telah mendapat pengiktirafan drp Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB), dgn sokongan Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Negara Israel adalah idea Eropah yg berkembang dgn imperialisme Eropah utk mencapai 2 matlamat yg utama d samping matlamat2 keji yg lain iaitu,

Pertama: Membersihkan Eropah drp bangsa Yahudi yg dianggap sbg sampah manusia.
Kedua : Merosakkan ketamadunan Arab dan Islam, mendirikan pengawas imperialis tentera pd masa akan dtg dan juga menyemai barah utk mencegah kesatuan dan kebangkitan Arab dan umat Islam dan memastikan mereka sentiasa tunduk kpd Eropah.

Manakala Bangsa Yahudi menerima idea Zionisme dan bersegera hendak mencapai matlamat negara Israel yg ingin mendirikan tanah air yg aman bg bangsa Yahudi, slps mereka ditindas berterusan khususnya di Eropah akibat drp perangai buruk mereka sendiri. Justeru, bertemulah dua cita2 utk mendirikan Negara Israel.

(Teringat kata2 mak bila tengok berita pasal perang Israel dgn negara Arab ni..
"seingat mak, masa mak kecik2 lagi depa ni dah berperang dah" betol ckp mak tu, adapun dlm sejarah..in fact, sejak mak aku belum lahir lagipun.. )

Ikuti Kronologi Peperangan antara Mesir dan Israel


Peperangan Suez 1956 merupakan satu kekalahan ketenteraan bagi Mesir, tetapi juga satu kemenangan politik kepada mereka. Tekanan diplomatik daripada kedua-dua Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet memaksa Israel untuk berundur daripada Semenanjung Sinai. Selepas peperangan 1956, Mesir bersetuju untuk meletakkan pasukan pengaman PBB di Sinai,U.N.E.F. (United Nations Emergency Force), untuk memastikan kawasan sempadan tersebut bebas tentera, dan juga menghalang kumpulan gerila daripada menyeberang sempadan ke dalam Israel. Hasilnya, keadaan sempadan antara Mesir dan Israel tenang untuk seketika.
Akibat peperangan 1956 menyaksikan kawasan berkenaan kembali kepada ketidakseimbangan tanpa apa-apa resolusi daripada kesulitan. Pada masa itu, tiada negara Arab yang telah
mengiktiraf Israel.


Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari (juga dikenali sbg Perang Arab-Israel 1967)antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB (yg kononnya tentera pengaman ttp ternyata menyebelahi Israel) dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir.
Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.

Pada tahun 1970, President Mesir, Anwar Sadat telah menawarkan pendamaian dgn Israel tetapi Menteri Pertahana Israel pada masa itu, Moshe Dayan menolak tawaran ini.

Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang kononnya ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih...





Permandangan di Kubu Pertahanan Israel 'yg tidak dpt ditawan'. Dahulu kubu ni di bawah tanah tetapi berjaya dibongkar oleh tentera Islam hanya dgn menggunakan air. Kubu ni dpt ditembusi dr satu tempat ke satu tempat dari dlm tanah sahaja.





Namun pd tahun 1973, tentera Islam berjaya menawan kubu itu pada perang Yom Kippur sekaligus mengalahkan Israel. Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Ia juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya mengasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Akibatnya juga, Pm Israel, Golda Meir telah dipecat dan begitu juga Goshe Dayan. Bersempena dgn ini juga Mesir mengumumkan cuti umum pd 6 Oktober setiap tahun sehingga sekarang untuk memperingati kemenangan tentera Islam mengalahkan Tentera Israel dan menamakan sebuah jambatan di Kaherah sebagai "6th Oct Bridge".

(Yang membanggakan aku, penuntut Malaysia (pd masa itu, hanya penuntut jurusan agama di Al-Azhar sahaja menuntut di Mesir) juga turut turun pdg membantu dlm Peperangan Sinai ini spt menjahit pakaian perang dan memasak kpd bala tentera. Sebagai tanda terima kasih, kerajaan Mesir telah menghadiahkan tanah kpd kerajaan Malaysia di sini yg dijadikan Dewan Malaysia Abbasiyah di Kaherah)

Tentera Mesir tidak dpt menjejaki di mana tersembunyinya kubu ini..lalu Allah telah menunjukkn jln kpd tentera Islam melalui seorang Ulama' Al-Azhar yg telah bermimpi bahawa cara utk mencari kubu Israel ini adalah dgn menggunakan air. Lalu tentera ini menyalurkan air laut dan disimbah ke pdg pasir ini dan terbongkar lah kubu2 di bawah tanah ini.




mess tentera ini di bawah tanah..


Meriam yg digunakan oleh Israel pd masa itu. Pelurunya boleh pergi sehingga 32km.
p/s:Depa ni x buleh bukak mata due to a terrible sand storm





thumbs down to Israel!!!




antara barang yg digunakan di dalam kubu oleh tentera Israel





Tentera Mesir yg bertugas membawa pelancong melihat di sekeliling kubu..
time kasih abg tentera, sbb bg kami bw kamera..eh! mcm pantun pulak..:P


sumber: Ustaz Noor Hakim, Buku Zionisme Orde Barat Menghancurkan Islam

Thursday, June 4, 2009

Lembu Samiri


Subhanallah...pertama kali kami melihat batu ni, kami hampir x percaya adakah batu ni diukir atau naturally nye bagini...dah x sangsi lagi bentuknya x kan terjadi hanya oleh hakisan angin (kecuali dgn kehendak Allah) serupa dgn bentuk seekor lembu...apa yg diceritakan oleh Ustaz Hakim, batu ni mempunyai kisahnya sendiri mengapa Allah jadikan dia sebegini...

Ternyata kisah ni disebut berkali2 di dlm Al-Quran dlm Surah Al-Baqarah,Taha, dan Al-A'raaf yang bermaksud :

"Dan ingatlah , ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah 40 mlm), lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahanmu) sepeninggalannya dan kamu adalah orang2 yang zalim"~ surah Al-Baqarah,ayat 51

"Dan ingatlah, ketika Musa berkata kepada kaumnya: 'Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." ~Surah Al-Baqarah,ayat 54

"Dan ingatlah, ketika kamu berkata: 'Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dgn terang' kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya" ~Surah Al-Baqarah,ayat 55


Apa yang saya dpt rumuskan drp ketiga-tiga ayat diatas, drp pemahaman saya dr penerangan Ustaz Hakim, pada suatu hari Nabi Musa berpesan kpd kaumnya bahawa ingin bermunajat kpd Allah di Gunung Thursina (Gunung Sinai yang kami panjat tu la ) selama 30 mlm dan dgn perintah Allah, Nabi menambah permunajatannya selam 10 mlm lagi. Disebabkan Nabi Musa tidak muncul pada masa yg ditetapkan, kaumnya menganggap Nabi telah menipu mereka dan mereka terus berpaling dari ajaran Islam..salah seorang drp kaum Bani Israel ni yg bernama Samiri (seorang Bani Israel dr suku Assamirah) telah membuat satu patung emas dan mereka menyembah patung itu.. lalu Allah telah murka kpd mereka maka Allah s.w.t telah memanah petir ke patung emas berkenaan dan melekat pada batu...



"dan kami telah janjikan kpd Musa memberikan Taurat sesudah berlalu 30 mlm dan Kami sempurnakan jumlah mlm itu dgn 10 mlm lagi maka sempurnalah waktu yg ditentukan Tuhannya 40 mlm. Dan berkata Musa kpd Harun: Gantikanlah aku dlm memimpin kaumku dan perbaikilah, dan jgnlah kamu mengikuti jln org2 yg membuat kerosakan."~Suraha Al-A'raaf, ayat 142

''dan kaum Musa,setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuta dr perhiasan2 emas mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. apakah mereka tidak mengetahui bahawa anak lembu itu tidak dpt berbicara dgn mereka dan tidak dpt pula menunjukkan jln kpd mereka? mereka menjadikannya (sbg sembahan) dan mereka adalah org2 yg zalim"~Surah Al-A'raaf, ayat 148

Para Mufassirin berpendapat bahawa patung itu tetap patung yg x bernyawa dan suara spt lembu itu hanyalah disebbkan oleh angin yg masuk ke dlm rongga patung itu dan mengeluarkan satu bunyi... (haadddooii itupun x leh pike..manusia2 ni..x kanla patung bleh bcakap pulak) ..tapi kalo uolls baca dan dalami kisah kaum Nabi Musa iaitu Bani Israel ni, memg kaum ni diberi byk kelebihan walaupun mereka ditentang oleh Firaun pada masa itu, tetapi mereka dilindungi oleh Allah sehinggakan di suatu masa, Allah bawakan awan utk melindungi mereka dr panas ditgh pdg pasir..itupun mereka tetap x bersyukur...

"Allah berfirman:Maka sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"~Surah Thaahaa, Ayat 85

"Kemudian Musa kembali kpd kaumnya dgn marah dan bersedih hati. Berkata Musa: "Hai kaumku, bukankah Tuhanmu telah telah menjanjikan kpdmu suatu janji yg baik? Maka apakah terasa lama masa yg berlalu itu bgmu atau kamu mgkehendaki agar kemurkaan dr Tuhanmu menimpamu,lalu kamu melnggar perjanjianmu dgn aku?"~ Surah Thaahaa,ayat 86

"Mereka berkata:"Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dgn kemauan kami sendiri, ttp kami disuruh membawa beban2 dr perhiasan kaum itu, dan demikian pula Samiri melemparkannya"~Surah Thaahaa,Ayat 87

"Kemudian Samiri mengeluarkan utk mereka(dr lubang itu) anak lembu yg bertubuh dan bersuara, maka mereka berkata: "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, ttp Musa telah lupa"~Surah Thaahaa, ayat 88

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan bahawa patung anak lembu itu tidak dpt memberi jwp kpd mereka dan tidak dpt memberi kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan?"~Surah Thaahaa, ayat 89

"Dan sesungguhnya Harun telah berkata kpd mereka sblmnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cubaan dgn anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) yg Pemurah, maka ikutilah aku dan ta'atilah perintahku"~Surah Thaahaa, Ayat 90

"Mereka menjawab: Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, sehingga Musa kembali kpd kami"~Surah Thaahaa, ayat 91

Begitulah kisah kedegilan dan kemungkaran Bani Israel kpd nabi dan ajarannya kpd ..dan mereka tetap mungkar sehingga ke hari ini..wallahualam



memang cacamerba sket baju aku kali ni sebb bj sume dah habis dipakai (da last day pun), at last aku grab t-shirt Mr Hubby dan thermal n shawl angah (cantik betol combination color beige,purple n red ehehhe)..lantak la..asal berbaju..nggeeee

Tuesday, June 2, 2009

Perigi Nabi Musa a.s

Perigi Nabi Musa ni adalah 1st location yg kami sampai dlm tour yg kami namakan 'Jejak Nabi Musa' ni..ekekeke..eh tapi betolla ..byk sejarah Nabi Musa yg dpt kami jejaki..x sgka ye..di seblh utara Egypt ni byk tersimpan sejarah nabi terdahulu..

Bukan mcm Pyramid, Luxor, dan Aswan yg dibanggakan oleh berpuluh ribu pelancong2 mat saleh dtg ke Egypt setiap tahun utk melihat temple, tombs, dan berbagai kesan sejarah Firaun itu sehinggakan diceritakan masih byk lagi kesan sejarah yg tertanam, jika kais sedikit pasir di sana, (luxor dan Aswan) pasti akan temui artifak baru..heeeemm...this is Egypt..u can choose...either nk tengok sejarah Firaun atau sejarah Islam dan Nabi2 kita..itu pasalla la (sorry to say) perangai org2 diapun ada yg baik dan alim..al-Quran dibawa kemana2. mcm kedai2 baju dan teksi pula sering pasang mengaji al-Quran sepanjang masa ..bagus..bukan golongn tua saja tau, lingkungan 20an pun begitu juga..

Tapi perangai hudoh mcm Firaun pun byk..contohnya time nk berurus niaga dgn diorg ni siap la...menipu kita depan mata je..ambil kesempatan dgn org asing..dgn kencing bersepah..pengotor..yg lelakinya kuat meraba..ish mcm2 lagi la perangai x senonoh..kesian bila dengar student yg dtg sini byk yg culture shocked..diorg lagi la tiap2 hari kena nek bus bdepan dgn masyarakat arab sini..itu yg kami ckp tu..yg perangai hudoh tu ikut firaun la tu ..yg baik2 ikut nabi2 kita...ehehehe betolla agaknya..

Berbalik kpd cerita perigi Nabi Musa kita...masa kami smpai ni ribut pasir kuat betol ..kami tepaksa tunggu kejap lam kete sblum kuar melihat..berdekatan perigi tu kelihatan deretan gerai menjual cenderahati tp ditutup mgkin sebb sand storm ni..


Kat belakang yg ada arrow tu la Laut Merah..Nabi Musa a.s bersama pengikutnya dtg dari sana dan berjalan sampai ke sini dan menggali perigi di sini setelah kehausan lalu menuju ke Palestine (kws ni adalah smpadan egypt dan Palestine)

unikkan pokok di depan ni..
kami tengah menuju ke sebuah lagi mata air di sebelah sana


ada sket jer mata air lam tu..ada lagi perigi yg kami x temui kerana dah
terkambus oleh pasir


deretan kedai yg menjual cenderamata..tp dah tutup due to sand storm


Saya nk cerita juga sikit sejarah pasal Bani Israel bg kita sama2 clear pasai apa perangai depa ni dari dulu sampai skang x senonoh. Bani Israel adalah kaum yg paling byk diberi nikmat oleh Allah. Mereka juga selalu minta Allah tunjuk kebesaran Allah kononnya baru diorang percaya bahawa Allah itu wujud tetapi diorang tetap x bersyukur dan tetap x beriman dan ingkar kpd Allah sedangkan mukjizat nabi mereka nmpak didepan mata seperti dlm Surah al-Baqarah ayat 47, terjemahannya berbunyi,


"Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku telah anugerahkan kpdmu dan ingatlah pula bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"

Nabi2 sebelum Nabi Muhammad adalah dikalangan mereka..apabila lahir Nabi Muhammad bukan dr kaum mereka dan sebagai nabi akhir zaman, mereka tidak boleh terima dan x mahu ikut ajaran Nabi Muhammad...itu salah satu alasan mereka la..sedangkan semasa nabi di kalangan merekapun mereka tetap ingkar..inikan pula Nabi Muhammad s.a.w..wallahualam..

Ayat 49 dan 50 ni pula menceritakan bagaimana Allah s.w.t menunjukkan KebesaranNya. (which is related dgn kisah perigi ni)


"Dan ingatlah, ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan pengikut2nya, mereka menimpakan kepadamu siksaan yg seberat2nya, mereka menyembelih anak2mu yang laki2 dan membiarkan hidup yang perempuan . Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan2 yang besar dari Tuhanmu"


" Dan ingatlah, ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun dan pengikut2nya sedang kamu sendiri menyaksikan."


Terjemahan terperinci ayat di atas ialah sewaktu Nabi Musa a.s membawa Bani Israel ke luar dr negeri Mesir menuju Palestine dan dikejar oleh Firaun, mereka harus melalui Laut Merah sebelah utara. Maka Allah memerintah Nabi Musa a.s memukul laut itu dgn tongkatnya lalu terbelahlah laut dan terbentanglah jln di tgh2 nya dan nabi melaluinya bsama kaumnya ke seberang. Sedang Firaun dan pengikut2nya melalui jln, semasa berada di tengah2 laut, kembalilah laut itu seperti biasa lalu tenggelamlah mereka.




Perigi Nabi Musa ni pula terhasil slps drp nabi dan kaumnya melepasi Laut Merah itu, mereka kehausan lalu buat perigi bersama2 utk meminum air..



sumber : tour guide kami iaitu Ustaz Noor Hakim
Al-quran dan terjemahannya










Monday, June 1, 2009

DuGaaN Ku

demam ni x baek2 da 2 hari dah..appoinment ngn gen. doc kul 11a.m
mlm tu ade pasan ade kind of rash kat blakang tgkuk..
mr hubby said.. "x de ape ruam ni.."
who knows..right after jumpa dokter, balik smayg zuhur pastu pasan ade satu lagi rash that contained water..hah? ape ni??checked lagi..ada 2,3 lagi kat bhg kepala..
ha suddaaahhh..trus kol dr Lida Ragni, give her the situation, trus dia comfirm..
"this is chicken pox, but dont worry Madam Suraya, its just a harmless disease but u still cannot go out of home bcoz it can spread..."
hummmm tau..memg ler cenggitu..sape nk dekatpun...kene la tahanan rumah. Trus order juice kalapa muda dgn K Mala..kat sini ble dpt juice dlm tin jek..itupun product Thailand..x pe la..pas minum air, u know what guys? bertimbun2 dier kuar....Ya Allah! aku sndri x lalu tgok muke aku..x bg can langsung, stiap milimeter dia kuar..dah mcm pesakit resdung yg kronik....badan jgn ckp la..lagi ngeri dooo!!x pe la..nk wat camne..memgpun seumor idop aku x nah lagi alami penyakit ni..itu yg kene trus terok tu..sabar je la Pn Sue...ada Mr Hubby je melayan..sedey tol..diapun kene mkn rebus2 jek tiap2 hari skang ni..dah camtu pantangnye..x leh goreng2 lam umah ni..nk wat cane....kalo x, siap la aku mcm lipas kudung tahan gatal, dah la x leh garu..nanti tinggal marks, aku yg x cun..heh heh..
dahtu dia yg masak..balik keje penat2, sapu ubat kat aku dulu..dah mcm tepung gomak la...berkemutih jer bdan aku ni sebabkan calamyld lotion tuh..pastu masak nasi..dan kerja2 rumah yg len..aku?
dia x bg buat keje pape sebb bile bpeluh lagi menjadi2 gatalnye..hhaadduuuss boring la aku camni..sian laktu kat dia..
tp hari ni da masuk hari ke-7..bykpun yg dah kering..da kurang gatal..aku da mule buat keje umah..nk kene cari bedak sejuk ngn air mawar pulak..heeem mane la nk dpt tu..yg ni paling penting ni..utk ilangkan scar..
btw, thanks abbi 4 everything...kerana sudi malayan pompuan yg tgh 'gatal' ni..heh heh